Gambar yang dimuat naik oleh Andreita Levin mengundang kecaman rakyat Thailand

BANGKOK- Seorang guru Mexico dari Kanada dikritik selepas memuat naik sekeping foto di laman Instagram yang menunjukkan dia sedang melakukan satu pergerakan yoga di beberapa tempat suci di Thailand termasuk Kuil Budha Emerald.

Gambar yang dimuat naik oleh Andreita Levin itu menunjukkannya sedang melawat Prasat Pra Thepbidorn di Bangkok, kuil Rong Sue Ten atau kuil biru di Chiang Rai dan Taman Bersejarah Sukhothai.

Aksi yang dipamerkan dalam gambar-gambar tersebut telah mengundang kritikan warganet.

Terdapat warga Thailand yang menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bagaimana Andreita boleh mempamerkan aksi sedemikian di tempat-tempat suci.

Andreita kemudiannya memadamkan gambar-gambar miliknya di Prasat Pra Thepbidorn dan kuil biru bagaimanapun masih mengekalkan gambar di Taman Bersejarah Sukhothai.

Menggelarkan dirinya sebagai seorang penari dan jurulatih pilates, Andreita berkata, pemandu pelancongnya yang membantu dan menggalakkannya mengambil gambar-gambar sedemikian di tempat tersebut.- MalaysiaGazette