Pemimpin bahagian PPBM sudah empat malam tidur dalam lokap di sebuah balao polis di Kota Bharu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberitahu Dewan Rakyat sejumlah 82 kes kematian dalam tahanan polis berlaku sejak 2015 lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditahan polis kira-kira lima hari lalu kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah.

Individu itu yang mengetuai parti berkenaan peringkat bahagian di Kelantan kini dilaporkan masih berada dalam lokap sebuah balai polis di daerah Kota Bharu.

Malaysia Gazette difahamkan, ketua bahagian itu tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk membayar ikat jamin yang dikenakan mahkamah bagi membolehkan beliau tidak bermalam di lokap.

Menurut sumber, setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin PPBM di peringkat pusat, negeri mahupun bahagian lain yang bersimpati untuk menjaminnya, menyebabkan individu itu terpaksa merengkok dalam lokap.

Ketua bahagian PPBM itu dikatakan telah pecah amanah wang syarikat yang mana beliau mempunyai kepentingan dalam organisasi itu.

Dia ditahan selepas laporan polis dibuat ke atasnya setelah mendapati beliau gagal untuk memulangkan semula sejumlah wang yang hilang itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast