8 daripada 12 pendaki yang ditemui mati ketika sedang mendaki di Nanda Devi, puncak Himalaya. fotO Reuters

NEPAL – Sebuah helikopter yang mencari lapan pendaki yang hilang di Gunung Nanda Devi, Himalaya sudah menemui lima mayat.

Empat warga Britain, dua Amerika dan masing-masing seorang rakyat India dan Australia dilaporkan hilang di kemuncak kedua tertinggi di India baru-baru ini.

Kesemua mayat ditemui di laluan yang sama.

Nanda Devi dipercayai mengalami beberapa runtuhan salji.

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk akses di kawasan tersebut bagi mengambil mayat-mayat di kawasan yang tidak boleh helikopter mendarat.

Kesemua mereka hilang sejak 26 Mei lalu, sehari sebelum runtuhan salji melanda gunung setinggi 7, 816 meter itu.

Empat pendaki lain yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang mendaki puncak gunung itu telah diselamatkan pada hari Ahad dan sejak itu operasi mengesan lapan pendaki dijalankan.

Mereka telah berpatah balik kerana keadaan cuaca yang buruk dan sejak itu telah terputus hubungan dengan lapan pendaki yang maut. – MalaysiaGazette