WASHINGTON – Keadaan semasa di Sudan kini berhadapan krisis keganasan semakin memuncak dengan siri demonstrasi sehingga mengakibatkan kematian berlaku saban hari.

Bimbang dengan perkembangan terbaharu itu, Rumah Putih telah mengeluarkan amaran kepada wargad Amerika di Sudan supaya pulang sahaja jika tidak ada sebarang kepentingan mendesak apatah lagi kini angka kematian sudah meningkat sehingga 100 orang serta sukar dikawal.

Agensi melaporkan, sejak April lepas, kerajaan AS telah memberi peringatan kepada rakyatnya supaya tidak berkunjung ke negara tersebut malah telah mengarahkan kakitangan kedutaan yang tidak penting untuk pulang dengan keadaan semakin memuncak di Khartoum.

Kedutaan AS di Sudan juga telah ditutup pada masa ini kepada umum malah semua rakyatnya telah bersiap sedia untuk pulang dan diarahkan pulang.

Jabatan Negara dalam kenyataan menasihatkan rakyatnya di sana supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sentiasa pada setiap masa terutamanya ketika keluar rumah.

“Tolong berlindung sahaja dalam rumah dan berhati-hati, waspada ketika keluar rumah. Keadaan tidak begitu terkawal di luar sana,” kata kenyataan itu.

Pada masa ini, rata-rata pelajar telah memenuhi lokasi penunjuk perasaan dengan di ikuti oleh rakyat biasa yang semakin tidak sabar dengan kehidupan mereka khasnya kos sara sara hidup selain daripada pemerintahan kuku besi lebih tiga dekad.

Demonstrasi berdarah ini juga telah membawa kepada penyingkiran Presiden, Omar al-Bashir dan di ambil alih oleh Majlis Tentera sejak 11 April lepas namun ketegangan masih berterusan.

Penunjuk perasaan meneruskan bantahan, menggesa peralihan kepada pentadbiran awam, tetapi tentera Sudan menyuraikan mereka secara keras, mengundang kecaman negara Barat.

Sejak insiden tersebut, umum khasnya dalam kalangan pelajar universiti dan kolej swasta bangkit melalui berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di luar kompleks tentera menuntut pemerintah menyerahkan kuasa kepada pentadbiran awam. –MalaysiaGazette