KUALA LUMPUR – Sekretariat Suara Rakyat akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya petang ini berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 ke akaun penama Mohamed Azmin Ali.
Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau memperoleh dokumen itu dari seorang individu berhubung pemindahan dana oleh UEM Group Berhad ke nombor akaun 0061508230587 Deutsche Bank pada 19 Disember 2017.
Katanya, tidak ada sebab munasabah untuk UEM Group Berhad memindahkan wang sebanyak itu ke akaun mantan Menteri Besar Selangor di luar negara.
“Laporan ini saya buat untuk memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa SPRM di bawah pimpinannya akan menyiasat sesiapa sahaja termasuk mereka yang satu kem dengannya serta akan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.
“Selepas laporan SPRM ini, saya akan membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung rakaman audio lucah dan tiga rakaman video lucah oleh dua individu lelaki yang dihantar kepada saya melalui aplikasi WhatsApp.
“Salah seorang individu yang terdapat dalam video tersebut mirip wajah seorang ahli politik dan laporan ini saya buat bagi membolehkan polis menyiasat kesahihan video tersebut dan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan, yang berlakon dalam video berkenaan serta yang menghasilkan video itu,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
MalaysiaGazette hari ini melaporkan, beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri tersebar hari ini.
Turut disebarkan beberapa video menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di luar negara, berdasarkan kepada suara televisyen di dalam video berkenaan.
Beberapa transaksi wang keluar negara melibatkan Maybank dan Deutsche Bank yang bernilai ratusan ribu dolar Amerika turut disebarkan.
Gambar-gambar dan video berkenaan telah disebarkan melalui satu grup WhatsApp diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi. – MalaysiaGazette
















