KUALA LUMPUR – Satu majlis solat hajat dan bacaan Yaasin menolak fitnah akan diadakan malam ini di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Hilman Idham berkata, majlis akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.
“Seluruh kepimpinan, penggerak, anggota & pendukung KEADILAN dipersilakan hadir,” kata Hilman dalam Nota Mobilasi berhubung majlis tersebut.
Solat hajat dan bacaan Yaasin itu dipercayai diadakan berikutan penularan video yang mengaitkan kepimpinan PKR yang juga menteri Kabinet.
Video tersebut tular semalam dan satu lg video pengakuan individu yang dikatakan terbabit dalam video itu turut ditularkan awal pagi ini. – MalaysiaGazette