Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Dakwaan liar kononnya pimpinan UMNO sedang berunding peggabungan dengan parti lain, selain Pas adalah tidak benar.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, muafakat dan kerjasama politik UMNO-Pas menjadi fokus dalam memperbaiki kebokbrokan politik serta pemerintahan ketika ini.

“UMNO akan teguh bermuafakat bersama PAS dan akan membuat perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam dan kesepakatan yg termeterai di antara kedua-dua parti.

“Muafakat UMNO-PAS akan menjadi asas kepada muafakat nasional yang lebih besar serta inklusif agar membentuk satu usaha padu ke arah mengubah politik dan pemerintahan negara supaya rakyat benar-benar terbela, selain negara benar-benar sejahtera,” katanya sebentar tadi.

Meskipun tidak menamakan mana-mana parti, Annuar dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Semalam ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-65, Abdul Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan menuntut hak untuk menjadi ketua sekiranya menjalin hubungan ‘taawun’ bersama UMNO bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, gabungan politik yang dikenali sebagai kepemimpinan Islam itu bersifat fleksibel, termasuk dalam percaturan memilih ‘nakhoda’ pergerakan.

“Kita sebut secara umum, kepemimpinan Islam bukan mesti (diterajui) oleh UMNO atau PAS, boleh jadi pihak ketiga diangkat sebagai ketua kerana politik ini fleksibel.

“Kita tidak menuntut (untuk menjadi ketua), melainkan bila orang memaksa dan perlu kita berada di hadapan,” tegasnya. –MalaysiaGazette