Megan Rapinoe

PARIS – Presiden Amerika Syarikat, (AS), Donald Trump mengkritik kapten pasukan bola sepak wanita AS, Megan Rapinoe yang menyatakan beliau tidak akan pergi ke White House jika pasukannya memenangi Piala Dunia.

Juara bertahan, AS akan berdepan Perancis dalam perlawanan suku akhir esok.

” Saya tidak akan ke White House (Psssh, I’m not going to the f***ing White House),” kata Rapinoe ketika mengulas soalan seorang wartawan majalah Eight by Eight apabila ditanya jika beliau teruja dengan undangan White house.

Dalam rakaman video yang disiarkan di laman media sosial, Rapinoe, 33, menambagh: “Tidak, saya tidak akan pergi ke White House. Kami tidak akan dijempu, Saya ragu-ragu mengenainya,”.

Trump membalas menerusi akaun Twitter lewat semalam.

“Pemain bola sepak wanita, @mPinoe, baru menyatakan bahawa beliau tidak akan pergi ke White House jika kita menang,” katanya.

“Saya merupakan peminat setia pasukan Amerika, dan bola sepak wanita, tetapi Megan perlu menang dahulu sebelum dia bercakap. Lakukan tugas! Kami masih belum menjemput Megan atau pasukan itu tetapi kini saya menjemput pasukan itu, menang atau kalah (I am a big fan of the American Team, and Women’s Soccer, but Megan should WIN first before she TALKS! Finish the job! We haven’t yet invited Megan or the team, but I am now inviting the TEAM, win or lose).

“Megan tidak sepatutnya tidak menghormati negara kita, White House atau bendera kita, terutamanya sejak banyak yang telah dilakukan terhadapnya dan pasukannya. Kami bangga dengan bendera yang anda pakai, AS melakukan dengan baik,”.

Rapinoe merupakan salah seorang atlet AS yang menyertai bantahan pemain bola sepak Amerika, Colin Kaepernick terhadap kekejaman polis dengan melutut semasa lagu kebangsaan dimainkan.

Rapinoe tidak lagi melutut selepas Persekutuan Bola Sepak AS menukar peraturan dengan menyatakan para pemain mesti berdiri semasa lagu kebangsaan ke udara, namun wanita itu tidak menyanyi atau mendakap dadanya dengan tangan. – Agensi