Foto Instagram Zahid

KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi Zahid yang gagal dikesan hampir 12 jam yang lalu ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam tadi

Bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia (AF) musim kedua itu bersyukur atas penemuan bapanya, Baharuddin Md Arif.

Zahid, 39, berterima kasih kepada pengguna Twitter yang mengulang kicau catatan mengenai kehilangannya sejak pagi tadi.

“Thank u warga Twitter! Papa saya dah dijumpai di Grik, Perak. Terima kasih yang membantu ‘retweet’ Twitter saya sepanjang hari ni.

“Alhamdulillah dia ok,” katanya menerusi catatan di laman Twitternya @zahidbaharuddin.

Sebelum ini, Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta jenis Proton Preve Silver bernombor plat DCS 6092 dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.

Menurut Zahid, bapanya keluar kira-kira jam 11 pagi tadi tanpa pengetahuan ibunya yang berada dalam rumah. – MalaysiaGazette