Alek Sigley. foto Agensi

SYDNEY – Pelajar Australia yang hilang di Korea Utara telah dibebaskan, kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini.

“Alek Sigley telah dibebaskan daripada tahanan di Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Alek selamat dan baik … kami dimaklumkan bahawa DPRK telah membebaskannya dari tahanan dan dia telah selamat meninggalkan negara ini dan saya dapat mengesahkan bahawa dia telah tiba dengan selamat,” kata Morrison kepada Parlimen

Laman berita NK melaporkan Sigley telah tiba di Beijing dan akan ke Tokyo, yang memtik sumber-sumber sebagai berkata.

Sigley, 29, dilaporkan hilang minggu lalu selepas keluarga gagal menjejakinya.

Dia yang satu-satunya penuntut  Australia yang berada di negara itu.

Sigley pernah menuntut bagi ijazah sarjana dalam kesusteraan Korea di Universiti Kim Il Sung dan mengendalikan syarikat pengembaraan untuk penuntut asing.

Dia sudah berada di Pyongyang sejak tahun 2014.

Australia terpaksa menggunakan pihak ketiga untuk mengesan Sigley. – MalaysiGazete