Bom seberat 500kg yang ditemui di kawasan pembinaan di timur Berlin akan dihapuskan pada hari Ahad ini. foto Agensi

BERLIN – Para penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Frankfurt dijangka mengalami kelewatan pada hari Ahad kerana beberapa laluan sedang dipinda berikutan penghapusan bom Perang Dunia Kedua.

Sehubungan itu, para pengembara diminta memeriksa penerbangan masing-masing mengenai kelewatan itu.

Syarikat yang mengendalikan penghapusan bom itu, Fraport berkata, gangguan penerbangan itu turut bergantung kepada cuaca yang akan mengenal pasti kemampuan untuk mengalihkan penerbangan.

Gangguan itu dijangka bermula 10 pagi, turut menjejaskan pengangkutan awam.

Kira-kira 16,500 orang yang tinggal dalam radius kedudukan bom – berhampiran Bank Pusat Eropah di timur bandar itu akan dikeluarkan sementara bagi menghapuskan bom seberat 500 kilogram itu.

Lapangan terbang itu mengendalikan 68 juta penumpang setiap tahun, terletak kira-kira 14 kilometer dari kawasan penemuan bom.

Bom itu ditemui di lokasi pembinaan yang menjadi tumpuan serangan udara yang berterusan oleh sekutu-sekutu yang memerangi pemerintahan Nazi Hitler. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast