KUALA LUMPUR – Banjir kilat yang melanda Melaka sejak semalam, menyaksikan penambahan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hari ini.
Daripada 260 keluarga melibatkan 1,149 penduduk yang dipindahkan semalam, kini bertambah kepada 318 keluarga membabitkan 1,391 mangsa sejak jam 8 pagi tadi.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Effendy Ali, semua mangsa ditempatkan di lima PPS yang dibuka.
Katanya, PPS itu ialah Kampung Belimbing Dalam seramai 343 mangsa dari 87 keluarga; diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong (246 mangsa, 58 keluarga); Balai Raya Bukit Baru (41 mangsa, lapan keluarga); Bukit Masjid Al-Rasyidin (133 mangsa, 27 keluarga); dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan (139 mangsa, 36 keluarga).
Kata beliau, berikutan jumlah mangsa terlalu ramai, pihaknya membuka satu lagi PPS iaitu SK Taman Merdeka yang menempatkan 250 mangsa dari 63 keluarga. – MalaysiaGazette
















