Allahyarham Marini adalah penghidap penyakit kronik darah tinggi selama 10 tahun.
Allahyarham Marini adalah penghidap penyakit kronik darah tinggi selama 10 tahun.

KUALA LUMPUR – Suami kepada Allahyarham Marini Kasman memohon maaf kerana tersilap cakap mendakwa isterinya meninggal dunia kerana insiden pencemaran di Pasir Gudang.

A Bakar Abdul Rahman berkata, ketika membuat kenyataan itu, beliau berada dalam keadaan panik setelah dimaklumkan isterinya meninggal dunia dan pihak hospital pula tidak memaklumkan punca kematian itu.

“Jika saya tersalah cakap, saya minta maaf. Saya dalam keadaan panik, keliru dan sedih ketika itu. Tambahan pula, saya tidak diberitahu punca kematian isteri.

“Apabila berdepan dengan media yang bertalu-talu bertanyakan soalan, mungkin saya ada tersilap cakap,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar isterinya di laman sosial sejak pagi ini.

Penjaja makanan itu bagaimanapun akur dengan kenyataan Kementerian Kesihatan bahawa kematian Marini bukan berpunca dari insiden pencemaran Pasir Gudang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefley Ahmad dilaporkan berkata, wanita yang dimaksudkan itu adalah seorang penghidap penyakit kronik terutama darah tinggi selama 10 tahun.

Pada 5 Julai lalu, arwah telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, bengkak di kaki dan demam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast