Kim Darroch . foto Agensi

WASHINGTON – Selepas beberapa hari menerima kritikan sebagai ‘orang bodoh’ dan pentadbiran Presiden Donald Trump enggan bekerjasama lagi dengan Duta Besar British ke Washington, Kim Darroch meletakkan jawatannya.

Kim menimbulkan kemarahan presiden itu apabila beberapa ulasan diplomatik rahsia tentang pentadbiran Trump telah dibocorkan oleh sebuah akhbar tabloid British pada hujung minggu.

Dalam kenyataan itu, Darroch menggambarkan Trump sebagai pemimpin yang “tidak selamat” dan pentadbirannya “tidak cekap” dan “tidak berfungsi.”

Perdana Menteri Theresa May mempertahankan Kim ketika di Parlimen, namun beliau kesal dengan situasi yang berlaku tetapi merasakan duta itu perlu melepaskan jawatannya.

“Kim telah memberikan perkhidmatan seumur hidup kepada United Kingdom dan sangat berterima kasih di atas perkhidmatan besarnya.

“Kerajaan yang baik bergantung pada penjawat awam yang dapat memberikan nasihat sepenuhnya dan berterus terang,

“Saya berharap Dewan akan merenungkan kepentingan mempertahankan nilai dan prinsip kita, terutama ketika mereka berada dalam tekanan,” kata May di Parlimen.

Dalam surat perletakan jawatannya, Kim berkata: “Keadaan sekarang sukar untuk saya melaksanakan tugas seperti yang saya mahu”.

Kim berkata, jawatannya sepatutnya tamat pada akhir tahun ini tetapi memutuskan untuk melepaskannya sekarang.

Beliau memberitahu kakitangannya dia tidak boleh menjadi duta yang berkesan jika pentadbiran tidak menyokongnya.

Kunci kepada keputusannya itu dikaitkan dengan Boris Johnson yang tidak menyokong tindak-tanduknya.

Semasa perdebatan pada selasa lalu, Johnson enggan mengkritik Trump yang menghina Kim dan May pula tidak berjanji untuk memastikan beliau terus diambil bekerja.

Kini perhatian beralih kepada bagaimana perdana menteri baharu akan menguruskan hubungan dengan Trump.

Johnson, bekas Datuk Bandar London dan bekas setiausaha luar, dilihat menjadi pilihan utama untuk memenangi persaingan sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Johnson adalah kegemaran Trump kerana pendirian pro-Brexitnya, tetapi mengendalikan Presiden Amerika Syarikat menjadi satu cabaran bagi para pemimpin di seluruh Eropah. – MalaysiaGazette