Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Kadar kelahiran berkurangan pada tahun 2019.

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan 32.6 juta orang,meningkat daripada 32.4 juta orang berbanding 2018.

Jumlah penduduk merangkumi 29.4 juta orang (90.2%) warga negara dan 3.2 juta orang (9.8%) bukan warga negara.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.6 peratus pada 2019 berbanding 1.1 peratus pada 2018.

Ini disumbangkan oleh penurunan kadar kesuburan dan migrasi  antarabangsa.

Menurutnya, pada tahun ini, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan.

Penduduk lelaki meningkat daripada 16.7 juta orang (2018) kepada 16.8 juta orang manakala perempuan bertambah daripada 15.7 juta orang (2018) kepada 15.8 juta orang bagi tempoh yang sama.

Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan dalam kumpulan umur muda (0–14 tahun) dan  umur bekerja (15–64 tahun).

Sebaliknya, penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki dalam kumpulan umur tua (65 tahun dan lebih) iaitu 1.13 juta orang perempuan dan 1.06 juta orang lelaki.

Secara keseluruhannya, nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan sejak 2013.

Bagaimanapun, nisbah penduduk bukan warga negara adalah tinggi, yang mana pada 2019, nisbah adalah 163 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Nisbah jantina bagi warga negara menurun sedikit daripada 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan (2010–2014) kepada 102 lelaki bagi setiap 100 perempuan (2015–2019).

Komposisi penduduk berumur 0–14 tahun (umur muda) pada 2019 menurun daripada 23.8 peratus pada 2018 kepada 23.3 peratus.

Manakala penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.7 peratus pada 2018 kepada 70.0 peratus pada 2019.

Menurutnya, komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) turut meningkat daripada 6.5 peratus kepada 6.7 peratus.

Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua turut memberi kesan kepada peningkatan umur penengah pada 2019.

Katanya, umur penengah meningkat kepada 28.9 tahun daripada 28.6 tahun pada 2018. – MalaysiaGazette