Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Prinsip “rule of law” Kerajaan Pakatan Harapan (PH)  sekali lagi akan diuji apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terbukti memfitnah dan berbohong dalam Dewan Rakyat

Jika tiada sebarang tindakan diambil ia sekali lagi menyebabkan Kerajaan PH merendahkan Institusi Parlimen Malaysia.

Kita tunggu dan lihatlah apakah tindakan Kerajaan PH, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurutnya, Guan Eng terbukti memfitnah dan berbohong dalam Dewan Rakyat apabila dengan menyatakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion telah dirompak oleh kerajaan terdahulu.

“Ini perkara serius dan dibuktikan melalui Laporan PAC yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat hari ini 15.7.2019.

“Malah, rumusan Audit menyatakan hanya RM5.06 bilion yang telah disah serta dilulus bagi pembayaran daripada RM19.4 Bilion itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hakikat itu  memperlihatkan kredibilitinya sebagai Menteri Kewangan sangat tidak baik.

Sikap Guan Eng itu juga didakwa boleh menjejaskan reputasi pengurusan ekonomi Malaysia di mata dunia kerana negara ini mempunyai menteri kewangan yang seringkali memutar belit fakta dan berbohong.

Dr Shamsul Anuar menambah, sesuatu yang malang ialah apabila Menteri Kewangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan seorang yang suka berbohong, tidak telus, lemah dalam pengurusan ekonomi.

Selain itu, Guan Eng juga didakwa gagal berfungsi sebagai menteri kewangan yang baik.

Menurutnya, blok pembangkang UMNO dan Pas akan membawa usul merujuk Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Malaysia sangat tepat dan mesti disokong

“Persoalanya apakah Parlimen akan mengambil tindakan ke atas Lim Guan Eng,” soal ,” soalnya.- MalaysiaGazette