Tentera Arab Saudi menembak jatuh dron milik Houthi. foto Agensi

KAHERAH – Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi di Yaman telah memintas dan menjatuhkan tiga dron yang dilancarkan oleh pergerakan Houthi yang diarahkan ke bandar raya barat daya Jizan dan Abha.

Terdahulu, stesen televisyen Houthis, Al Masirah memetik jurucakap tentera pergerakan itu berkata, kumpulan tersebut telah melakukan serangan dengan mensasarkan ke pangkalan udara King Khalid berhampiran barat daya di bandar raya Khamis Mushait dan hangar lapangan terbang Jizan.

“Pemberontak Houthi terus mensasarkan lapangan terbang awam dan orang awam di Abha, Jizan dan Najran serta terus mengancam keselamatan serantau dan antarabangsa,” kata jurucakap pakatan itu, Kolonel Turki al-Malki dalam satu kenyataan.

Gabungan tersebut ini telah menjatuhkan dua dron di ruang udara Yaman yang dilancarkan ke arah Jizan.

Houthi bertempur dengan pakatan yang dipimpin oleh Arab Saudi di negara jiran Yaman, telah beberapa bulan lalu melancarkan serangan terhadap sasaran di Arab Saudi.

Seorang penduduk Syria di Arab Saudi meninggal dunia bulan lalu selepas cedera diserang dalam serangan dron di Lapangan Terbang Abha yang dituntut oleh Houthi.

Sebagai tindak balas, gabungan itu mensasarkan tapak tentera kumpulan di sekitar ibu kota Yaman di Sanaa dan bandar pelabuhan Hodeidah. – MalaysiaGazette