Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

BENGALURU – Kebanyakan pasaran saham Asia Tenggara menurun, diterajui oleh Filipina, selepas para pelabur menarik semula dana daripada aset-aset berisiko disebabkan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat pada bulan ini.

Ekuiti di seluruh dunia mendapat manfaat minggu lalu selepas Presiden Rizab Persekutuan New York membayangkan kadar setengah mata pada bulan ini.

Tetapi, ucapannya ditarik balik dan didakwa sebagai ‘akademik’ dan bukannya cadangan dasar.

Wall Street Journal melaporkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Pasaran “kemungkinan akan didagangkan lebih berisiko pada minggu ini kerana naratif Rizab Persekutuan berterusan kurang menggembirakan kata Stephen Innes, rakan kongsi di Vanguard Markets, dalam nota penyelidikannya.

Menerajui kejatuhan itu, saham Filipina mencatatkan kejatuhan urus niaga paling ketara dalam tempoh lebih tiga minggu, didorong oleh saham kewangan dan utiliti.

Penurunan terbesar dalam indeks – Bank Kepulauan Filipina dan penjana kuasa Aboitiz Equity Ventures Inc yang kehilangan lebih daripada 2 peratus setiap satu.

Indeks Singapura juga rendah dengan syarikat hartanah, Capitaland Mall Trust susut 1.5 peratus dan peminjam United Oversea Bank Ltd. jatuh 1.1. peratus.

Saham Indonesia jatuh paling hampir dua minggu dengan kerugian yang didominasi oleh stok pengguna. Unilever Indonesia Tbk PT turun 1.3 peratus, sementara pembuat simen terbesar kedua negara Indocement Tunggal Prakarsa Tbk PT susut 1.4 peratus.

Sementara itu, saham Thailand merosot sejurus selepas data menunjukkan eksport kastam negara menurun untuk bulan keempat berturut-turut pada bulan Jun, turun 2.15 peratus berbanding tahun sebelumnya, sementara import juga jatuh untuk tempoh tersebut.

Kerugian terutamanya berpunca daripada sektor perindustrian seperti Bangkok Expressway dan Metro PCL merosot 2.7 peratus sementara Airports of Thailand PCL diniagakan 1 peratus lebih rendah.

Saham Malaysia pula susut pada sesi awal sebelum meningkat 0.3 peratus disebabkan kerugian dalam saham telekomunikasi dan kewangan. – MalaysiaGazette