Andres Manuel Lopez Obrador. foto Agensi

MEXICO CITY – Pembunuhan di Mexico melonjak pada separuh pertama tahun ini kepada rekod tertinggi, menurut data rasmi yang menggariskan cabaran besar kepada Presiden Andres Manuel Lopez Obrador untuk menurunkan kadar keganasan yang dilancarkan kartel.

Sebanyak kes 14,603 pembunuhan dilaporkan dari Januari hingga Jun, berbanding 13,985 pembunuhan yang didaftarkan pada enam bulan pertama tahun 2018, menurut data pejabat keselamatan awam negara Mexico.

Mexico dijangka melepasi sebanyak 29,111 pembunuhan tahun lepas, yang paling tinggi sepanjang masa.

Selama bertahun-tahun Mexico telah berjuang menghapuskan keganasan selepas kerajaan bertindak memerangi kartel dadah.

Ini mengakibatkan perpecahan kumpulan dan semakin banyak pertempuran ganas berlaku.

“Dasar sosial sangat penting – kami bersetuju bahawa mereka akan mempunyai kesan positif, tetapi kesan positif ini akan dilihat dalam jangka masa panjang,” kata Francisco Rivas, pengarah National Observatory, sebuah kumpulan sivil yang memantau keadilan dan keamanan di Mexico .

Kerumitan pertempuran kumpulan jenayah adalah ujian utama untuk pentadbiran muda Lopez Obrador, yang telah berikrar untuk menggunakan pendekatan berbeza daripada yang sebelumnya.

Pentadbirannya bulan lepas melancarkan pasukan polis pengawal tentera yang ditugaskan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. – MalaysiaGazette