Mohamad Rashidi Abd Razak
Mohamad Rashidi Abd Razak

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes penghinaan terhadap Islam semakin membimbangkan sejak akhir ini dengan yang terbaharu melibatkan satu status laman facebook Wendy Loong yang jelas menghina Nabi Muhammad.

Kejadian itu, amat mendukacitakan apabila kes berkenaan semakin berleluasa dengan pihak tidak bertanggungjawab berani menonjolkan penghinaan berbaur provokatif terhadap umat Islam.

Jelas Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Rashidi Abd Razak, penghinaan itu seolah sengaja dilakukan bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat khususnya orang Islam serta mengikis keutuhan sosial dalam negara.

Beliau menjelaskan, meskipun negara mempunyai undang-undang berkaitan termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), malah ia juga boleh melibatkan Akta Hasutan 1948 yang mengalami pindaan terakhir pada 2015.

“Persoalannya, adakah undang-undang hari ini masih longgar dan tidak mampu memberi cegah rintang terhadap kes begini?

“Saya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil langkah drastik bersepadu bagi mengekang perkara begitu dari terus berulang pada era Malaysia Baharu.

“Malah, saya juga berpandangan kesalahan penghinaan atas nama agama, kaum dan raja perlu digolongkan dalam senarai jenayah siber, selain bersifat penipuan kewangan dan perlu dibanteras secara besar-besaran,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast