KUALA LUMPUR – Tahap obsesi Lim Guan Eng ke atas parti MCA semakin membimbangkan apabila terbaharu Setiausaha Agung DAP itu menggelar MCA sebagai Malaysia Corruption Party.

Serangan Guan Eng ke atas MCA itu semakin serius tatkala ekonomi negara semakin merudum dan rakyat pula menjadi mangsa kerana kerajaan didakwa tidak mempunyai wang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda MCA Hulu Langat, Pung Wai Hung berkata, obsesi Guan Eng ke atas MCA ini patut melayakkannya digelar sebagai Menteri Hal Ehwal MCA.

“Yang pelik, orang ramai tak nampak terowong bawah laut Pulau Pinang berbilion ringgit kebanggaan Lim Guan Eng sehingga hari ini.

“Lagi pelik apabila RM305 juta telah dibayar tetapi di manakah laporan feasibility? Ada orang nampak?,” soalnya.

Wai Hung berkata, orang ramai patut bertanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apakah status siasatan ke atas kebongkaran kertas siasatan terowong bawah laut Pulau Pinang tersebut.

“Soalan terakhir rakyat ialah rumah dan pejabat Menteri HeMCA ada cermin tak?,” sindirnya. – MalaysiaGazette