KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Februari 2020.

Bagaimanapun, Aiman dan Zahirah belum membuat keputusan tarikh mereka akan disatukan itu.

“Untuk menjawab teka-teki dan ramai media yang bertanya tentang perkara ini, jadi ini pertama kali saya umum yang mana tarikh sebenar belum ada, tapi ia mungkin terjadi pada Februari 2020. Insya-Allah ” ujar Aiman, 30, dalam sidang media mengumumkan berita gembira itu.

Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah, Zainol MacWilson yang juga pelakon terkenal berlangsung semalam.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast