Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, kenaikan harga minyak dunia daripada AS$52 kepada AS$71 setong yang didorong oleh keadaan di Korea Utara dan Iran merupakan sesuatu yang menguntungkan Malaysia.

TOKYO – Harga minyak susut lebih daripada 7.0 peratus pada hari Khamis, dengan penanda aras minyak Amerika Syarikat. mencatatkan hari terburuknya dalam tempoh lebih daripada empat tahun selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif tambahan import China mulai 1 September.

Pengumuman Trump mengenai tambahan 10 peratus levi bernilai AS$ 300 bilion ke atas barangan China menjejaskan harapan yang disandarkan kepada dua ekonomi terbesar di dunia selepas terjebak dalam konflik berpanjangan sepanjang setahun hingga melemahkan pertumbuhan seluruh dunia.

Minyak mentah Brent LCOc1 turun AS$4.55, atau 6.99 peratus kepada AS$ 60.50 setong, selepas susut kepada AS$ 60.02, paras terendah sejak 13 Jun.

Penanda aras antarabangsa itu pada hari Khamis adalah penurunan peratusan harian terbesar sejak Februari 2016.

Minyak CLc1 West Texas Intermediate (WTI) CLc1 pula mengakhiri sesi dengan kejatuhan harga sebanyak AS$ 4.63, atau 7.9 peratus kepada AS$ 53.95 setelah merudum ke tahap rendah kepada AS$ 53.59, tahap terendah sejak 19 Jun.

Ia adalah penurunan peratusan terbesar sejak Februari 2015. Lebih daripada 836,000 kontrak menukar tangan, melepasi purata harian kira-kira 623,000 kontrak, menurut data Refinitiv Eikon. – MalaysiaGazette