RIYADH – Wanita Arab Saudi kini boleh ke luar negara tanpa penjaga lelaki.

Di bawah peraturan baharu itu, wanita berusia 21 tahun boleh memohon pasport sendiri.

Dengan pengumuman itu, Arab Saudi telah memberi kebebasan wanita sama dengan lelaki.

Peraturan baharu itu turut memberi hak kepada wanita untuk mendaftarkan kelahiran anak, perkahwinan dan perceraian.

Ia juga meliputi peraturan pekerjaan yang diperluaskan kepada wanita.

“Di bawah peraturan ini semua warga negara mempunyai hak untuk bekerja tanpa diskriminasi berdasarkan jantina, ketidakupayaan atau umur,” menurut dikri diraja.

Sebelum ini, wanita Arab Saudi perlu mendapatkan kebenaran daripada penjaga lelaki untuk mendapatkan pasport dan perjalanan ke luar negara.a

Langkah-langkah yang diambil ini seiring transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.

Arab Saudi mensasarkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 30 peratus berbanding 22 peratus sekarang pada tahun 2030. – MalaysiaGazette