dav

KUALA LUMPUR – Seramai 198 daripada 219 Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti dan Perdana Menteri ke-8.

Jurucakapnya, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan mereka itu untuk membuktikan bahawa PKR masih utuh dan bersatu di bawah pimpinan Anwar, sekaligus menepis persepsi dan tanggapan negatif bahawa parti itu sedang bergolak.

WhatsApp Image 2019-08-04 at 16.29.17

“Kami mewakili 198 Ketua Cabang Keadilan seluruh negara melebihi 90 peratus terpanggil untuk menyatakan sokongan padu kepada Presiden Datuk Seri Anwar untuk memacu dan memimpin parti.

“Ia bagi meneruskan idealisme perjuangan reformasi serta menjadi tonggak utama Pakatan Harapan (PH).

“Kami komited mendokong Datuk Seri Anwar untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri ke-8 seperti yang dipersetujui bersama oleh pimpinan PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya pada sidang media khas di Restoran Amjal, Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Noor Amin selalu Ketua Cabang Kangar berkata, pihaknya telah mendapat tandatangan dan pengesahan sokongan itu berdasarkan perakuan yang ditandatangani sebelum ini.

Antaranya ketika menandatangani Resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan Keadilan di Port Dickson pada 21 Julai lalu.

Selain itu, katanya sokongan itu dengan kehadiran ketua-ketua cabang dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 28 Julai lalu yang memperakui Resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan Keadilan di Port Dickson pada 21 Julai lalu.

“Ketua-ketua Cabang dari seluruh negara yang menandatangani dan menyatakan sokongan kenyataan yang selari dengan Resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan Keadilan di Port Dickson pada 21 Julai 2019,” katanya lagi. – MalaysiaGazette