Kapal mewah Equanimity
Kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai milik seorang ahli perniagaan, Jho Low di Terminal Bousthead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Bintang realiti TV, yang dikenali ramai Kylie Jenner akan menyambut hari jadinya yang ke-22 di atas kapal kontreversi Equanimity.

Portal antarabangsa TMZ memetik sebagai berkata Kylie telah menyewa kapal yang telah dinamakan kepada Tranquility.

Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Kapal itu dilaporkan boleh menampung kira-kira 22 tetamu dan 29 kru namun tidak dimaklumkan siapa yang akan berlayar bersama Kylie pada majlis tersebut.

Kapal Equanimity sebelum ini adalah milik individu kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low sebelum dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana kapal tersebut merupakan salah satu barang mewah yang disita sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengubahan wang haram dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal mewah sepanjang 91.5 meter itu turut dilengkapi kolam renang dan pad pendaratan helikopter.

Kapal tersebut mendapat nama baharu selepas dijual kepada syarikat Genting Malaysia Berhad.

Kapal yang dibina pada harga AS$250 juta (RM1.42 bilion) itu dilelong kepada Genting pada harga AS$126 juta (RM514.14).

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas, pembayaran perlu dibuat oleh Genting kepada mahkamah sebelum akhir bulan ini.- MalaysiaGazette