Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bergambar kenangan bersama peserta-peserta ketika hadir pada Sesi Town Hall Menteri Kesihatan Malaysia bersama Industri Farmaseutikal Siri 2 di Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 OGOS 2019.

PUTRAJAYA – Sesi Town Hall Menteri Kesihatan bersama industri farmaseutikal gamat apabila majoriti para hadirin termasuk 17 wakil yang diberi peluang bercakap mempersoalkan mengapa Kementerian Kesihatan teragak-agak atau apa yang menghalang mereka untuk menjadikan preskripsi ubat sebagai mandatori.

Mereka tidak mahu perkataan preskripsi mandatori atas permintaan disertakan dalam pindaan rang undang-undang Akta Racun 1952 itu sebaliknya mahu pemberian perskripsi ubat kepada pesakit dimandatorikan sama ada dengan atau tanpa permintaan kepada doktor.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan dalam proses meminda Akta Racun 1952 untuk memasukkan peruntukan pemberian preskripsi ubat kepada pesakit sebagai ‘mandatori atas permintaan’.

Katanya, pesakit yang dinafikan preskripsi perubatan mengikut dasar sedia ada boleh mengadu kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta dibawah Akta 586 yang membolehkan siasatan segera beserta tindakan akan dilaksanakan kementerian.

“Saya sedia maklum soal perskripsi ubat kepada pesakit tanpa batasan sama ada diminta ataupun tidak diminta dari doktor seperti dibangkitkan dalam sesi Town Hall oleh beberapa ahli farmasi tadi.

“Tapi buat masa ini kami masih kekal dengan pelaksanaan preskripsi ubat ‘mandatori atas permintaan’ pesakit dalam akta yang akan dipinda nanti.

“Kita hendak jadikan dasar preskripsi ubat mandatori atas permintaan’ sedang diguna pakai kini sebagai undang undang tetap dalam Akta Racun itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi tersebut dihadiri lebih 407 peserta mewakili persatuan Farmasi negara ini.

Katanya Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Racun itu isu yang sedang diteliti secara berterusan oleh kementeriannya dan dijangka dibawa ke Parlimen pada sesi ketiga persidangan Dewan Rakyat tahun ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui terdapat beberapa isu yang menjadi kekangan dalam pelaksanaan Preskripsi Ubat Mandatori ‘tanpa permintaan pesakit oleh doktor seperti yang didesak pengiat industri farmasi atas semangat hak pesakit dan kesselamatan perubatan mereka.

“Saya sudah janji kepada ahli-ahli dan persatuan farmasi bahawa kami sedang berdepan kekangan besar untuk menjadikan undang-undang Preskripsi Ubat Mandatori (tanpa permintaan pesakit).

“Oleh itu sejurus selepas kekangan besar itu dikenalpasti dan ditangani sepantas mungkin kita tidak akan melambatkan penguatkuasaan Perskripsi Ubat Mandatori kemudian ‘walaupun tanpa permintaan pesakit,” katanya lagi.

Menurut beliau, pengiat industri farmasi dan doktor perubatan kepentingan bertentangan atau berbeza pendapat ketika ini.

Namun beliau menyatakan keyakinannya masalah perbezaan itu mampu ditangani secara tuntas sekiranya meletakkan kesihatan pesakit sebagai agenda utama.

Katanya ketika ini klinik swasta dan hospital kerajaan pembiayaan kewangan untuk perubatan berasaskan cukai dan sumber dana konsolidasi tanpa diselaraskan.

“Jika skim bayaran pembiayaan perubatan datang dari satu sumber kita tidak akan berdepan masalah (implemen perskripsi mandatori) sebab semua pembiayaan datang dari satu sumber Yayasan Dana Negara.

“Ia akan memecahkan segala rintangan yang kita hadapi sekarang yang mana akan dibiayai melampaui batasan swasta atau awam dan buat masa ini kita perlukan masa memahami dan menangani semua ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, sesi Town Hall bersama Menteri Kesihatan turut dihadiri Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Penguatkuasaan Agensi Nasional Regulatory Farmasetikual Dr. Tan Ann Ling.

Dzulkefly juga berjanji pihaknya akan mengambil tindakan ke arah itu dengan beberapa langkah penelitian dan menangani kekangan sedia ada.

Manakala Dr Ann Ling pula menjelaskan dalam sidang media bahawa pihaknya buat masa ini mahu meminda Akta Racun terlebih dahulu dengan memasukkan dasar perskripsi ubat sebagai undang-undang mandatori atas permintaan.

Kami mencadangkan ia akan dibentangkan di Parlimen pada sesi ketiga tahun ini, itu kami jangkakan,” tegasnya.

Selain itu, isu yang lain yang dibangkitkan mereka antaranya membayar elaun kepada kerja lebih masa di waktu pejabat oleh ahli dan kakitangan farmasi.

Namun, Dr Dzulkefly berkata ia ditolak walapun beberapa kali cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian kewangan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sambil berjanji usaha berterusan akan diambil dengan segala pendapat dan pengesyoran berfakta yang dikongsikan hari ini untuk rujukan JPA selepas ini.- MalaysiaGazette