Datuk Seri Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Semuanya salah BN.

Itulah sikap pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya akan menunding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam setiap keputusan yang dibuat, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mengulas mengenai kenyataan Datuk Darell Leiking yang mendakwa kelulusan sebuah agensi kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn. Bhd. (DreamEDGE) berlaku pada tahun 2017, iaitu ketika BN memerintah.

Bagaimanapun, soal Ka Siong kenyataan Darell itu tidak ada kena mengena kerana menteri PH memaklumkan bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan dana awam atau bahasa mudah, duit rakyat.

“Perkara pokok di sini ialah, dulu kata projek ini tidak menggunakan dana awam. Tapi syarikat yang dianugerahkan untuk projek ini secara jelas ada kaitan dengan kerajaan,” katanya.

Artikel berkaitan: Kelulusan beli saham DreamEDGE pada 2017 – Darell Leiking

Bukan saya luluskan pemilihan DreamEdge bangunkan kereta nasional ketiga – Tun M

CEO DreamEDGE yang keliru, Ka Siong ada bukti

Wee Ka Siong cuba kelirukan rakyat Malaysia – DreamEDGE

Kerajaan pilih DreamEDGE hasilkan kereta nasional ketiga

Ada yang tak kena dengan projek kereta nasional ketiga? – Ka Siong

Ka Siong berkata, Darell mungkin sudah pening kepala atau malu sebab kantoi menipu, maka beliau cuba salahkan BN pula.

Tempelaknya, kalau sudah tahu ia syarikat kerajaan, kenapa anugerahkan projek tersebut kepada DreamEDGE.

“Soal pokoknya kenapa PH hendak sangat melaksanakan projek kereta nasional ketiga? Apakah jaminan Kerajaan PH untuk tidak menaikkan duti import kereta yang akhirnya membebankan rakyat?,” soal Ka Siong lagi. – MalaysiaGazette