Boris Johnson. foto AGensi

LONDON – Pembuat undang-undang Britain akan memutuskan sama ada untuk melaksanakan pilihan raya lebih awal dalam undian peringkat pertama dalam rancangan untuk menghalang Perdana Menteri, Boris Johnson melaksanakan Brexit tanpa rundingan.

Boris telah memperjudikan masa depan politiknya dengan berusaha membawa keluar Britain dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober ini dengan atau tanpa persetujuan, sekali gus meletakkan kedudukan beliau tidak sependapat dengan Parlimen.

Ini kerana, majoriti penggubal undang-undang sebelum ini menentang pelaksanaan Brexit tanpa perjanjian.

Dengan kurang daripada 60 hari untuk melaksanakan pelan tersebut, satu pakatan penggubal undang-undang pembangkang dan penentang dalam Parti Konservatif skan menggunakan hari pertama Parlimen untuk menyekat pelaksanaan Brexit tanpa rundingan.

Kumpulan itu akan mengemukakan undi pada hari Selasa mengenai sama ada untuk merebut kawalan agenda parlimen pada hari berikutnya dengan cuba meluluskan undang-undang yang akan memaksa Johnson menangguhkan Brexit tiga bulan lagi.

Walau bagaimanapun, Johnson menyatakan jika kerajaanya dihalang, beliau akan mengadakan undi pada hari Rabu untuk meluluskan pilihan raya awal, kemungkinan besar akan diadakan pada 14 Oktober.

“Ahli Parlimen harus mengundi dengan kerajaan menentang (Ketua Buruh Jeremy) penangguhan tanpa kebenaran Corbyn,” kata Johnson dalam kenyataan televisyen di hadapan pejabat Downing Street selepas bertemu dengan menteri- menteri utamanya.

Jelasnya lagi: ” Saya mahu semua orang tahu – tidak ada keadaan yang mana saya akan meminta Brussels untuk menangguhkan. Kita akan meninggalkan EU pada 31 Oktober, tidak ada ‘jika atau tetapi'”.

Johnson berkata, beliau sebenarnya tidak mahu mengadakan pilihan raya, namun sumber kanan kerajaan mengatakan penggubal undang-undang harus menyedari ia (pilihan raya) berlaku, ia terjadi akibat daripada keputusan mereka yang mengundi menentang kerajaan melalui undi yang dijangka dibuat pada hari Selasa.

Johnson telah membantah tindakan penentang dengan menyifatkan mereka sebagai “bersubahat dengan EU” yang merosakkan rundingan kerajaan dengan mengancam melaksanakan Brexit tanpa rundingan.

Sumber itu berkata, mana-mana pemimpin Parti Konservatif yang mengundi menentang kerajaan, individu berkenaan akan dikeluarkan daripada parti.

Media telah melaporkan kira-kira 20 penggubal undang-undang Konservatif bersedia untuk menentang. Mereka itu termasuk mantan menteri kewangan Philip Hammond.

Untuk melaksanakan pilihan raya, kerajaan perlu mendapat sokongan dua per tiga pembuat daripada 650 Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette