Logo IMF

HONG KONG – Kebimbangan mengenai perdagangan global telah meningkat hampir 10 kali berbanding kemuncak pada dekad-dekad terdahulu dan boleh mengurangkan kira-kira 0.75 mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini.

Amerika dan Asia Pasifik adalah yang paling terjejas dengan kebimbangan perang perdagangan antara Amerika Syarikat-China manakala Afrika pula kurang terkesan, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Indeks itu bertujuan untuk mengenal pasti ketidaktentuan perdagangan.

Menurutnya, indeks ini berdasarkan laporan dari Unit Perisikan Ekonomi (EIU) sejak tahun 1996 dan meminjam metodologi yang digunakan dalam Indeks Ketidakpastian Dunia IMF sendiri.

Untuk mengukur tolok baru, penyelidik IMF mengira berapa kali perkataan “ketidakpastian” yang muncul dalam laporan EIU dalam istilah seperti “tarif,” “proteksionisme” atau “perdagangan.”

Berdasarkan kestabilan 20 tahun, Indeks Ketidaktentuan Perdagangan Dunia mula naik sekitar suku ketiga tahun lalu, bersamaan dengan tindakan tarif oleh Amerika Syarikat dan China, menurut IMF.

Selepas tempoh singkat, indeks merosot pada suku pertama 2019, mencerminkan peningkatan besar tarif Amerika Syarikat e atas import China pada 1 Mac, kata badan itu lagi.

Kata IMF, walaupun ketidaktentuan perdagangan pada umumnya telah meningkat di seluruh dunia, peningkatan ini jauh lebih tinggi untuk ekonomi maju.

Ia kekal “sederhana rendah” di Timur Tengah, Asia Tengah, dan Afrika, menurut IMF. – MalaysiaGazette