Pesawat Cathay Pacific. foto Agensi

HONG KONG – Cathay Pacific mengurangkan penerbangan beberapa laluan jarak dekat dan jauh susulan jumlah penumpang yang menjunam pada bulan lalu.

Syarikat penerbangan itu juga telah membekukan pengambilan pekerja dan perbelanjaan.

Jumlah penumpang syarikat penerbangan itu susut 38 peratus pada bulan lalu dan menjangkakan bulan September juga mencabar.

Dengan cuaca sejuk yang bakal tiba dan protes terhadap kerajaan di Hong Kong yang tidak ada tanda-tanda berakhir, Cathay Pacific menggantung penerbangan ke Dublin; Medan, Indonesia dan penerbangan harian ke Paris dan Frankfurt.

Katanya, penerbangan ke Dublin akan digantung pada 7 November dan mulai tahun depan hanya beroperasi semasa musim panas.

Rabu lalu, syarikat penerbangan terbesar di Hong Kong mendedahkan penyusutan sebanyak 11.3 peratus penumpang berbanding pada bulan Ogos tahun lalu, bulan paling sibuk bagi perniagaan, dipacu oleh kejatuhan 38 peratus kedatangan pelancong ke bandar raya itu disebabkan tunjuk perasaan.

Kejatuhan jumlah penumpang itu adalah penurunan terbesar dalam tempoh sedekad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast