Tan Sri Tony Fernandes
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tony Fernandes akan melepaskan semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.

Menerusi Tweetnya, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada orang muda.

“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan meletakkan golongan muda sebagai pemimpin barisan hadapan AirAsia, saya akan melepaskan semua jawatan, kecuali di AirAsia Group dan AirAsia X,” katanya. – MalaysiaGazette