Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103.5 bilion pada 13 September 2019.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu.

Pada 6 September lalu, Bank Negara berkata, rizab antarabangsanya berjumlah sebanyak AS$103.5 bilion pada 30 Ogos 2019. – MalaysiaGazette