KUALA LUMPUR – Geram dengan lelaki Syria yang melalukan onani dalam keretanya, seorang pemandu Grab terus bertukar haluan dan menghantar lelaki itu ke balai polis.

China Press melaporkan, lelaki dari Syria itu telah menaiki sebuah kereta Grab di Jalan Alor di pusat bandar Kuala Lumpur dengan menyamar sebagai seorang penumpang yang telah menempah perkhidmatan Grab.

Sebaik sahaja menaiki kereta pada kira-kira pukul 6 pagi, 16 September lalu, lelaki itu bertanya tempat yang mempunyai pelacur, tetapi pemandu Grab memberitahu dia tidak tahu mengenai destinasi tersebut.

Yang mengejutkan, penumpang dari Syria itu tiba-tiba menanggalkan seluarnya lalu melancap sambil meraba-raba pemandu Grab, seorang lelaki berumur 41 tahun.

Pamandu segera menengking penumpang yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Apabila tiba di kawasan sekitar Jalan Petaling, penumpang Syria mahu turun kereta dan membayarkan RM1 kepada pemandu.

“Pemandu bagaimanapun menghantar penumpang ke balai polis untuk tindakan lanjut,” demikian lapor China Press.

Semasa berada di balai polis, pemandu Grab menerima panggilan daripada penumpang sebenar yang menempah perkhidmatannya dan menyedari penumpang dari Syria itu telah menggunakan identiti orang lain untuk menaiki kereta. – MalaysiaGazette