Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan pasaran global berhubung kelembapan ekonomi yang pasti akan berlaku susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.17 mata kepada 1,589.83 daripada 1,593.00 penutup semalam.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 119 berbanding 73 dengan 177 kaunter tidak berubah, manakala 1,632 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Sejumlah 116.48 juta saham bertukar tangan bernilai RM41.66 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast