Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didakwa tidak melakukan penambahbaikan, tiada ketelusan dan integriti apabila memutuskan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semasa dua buah parti politik – MCA dan UMNO bakal mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan.

Soal Tan Sri Shahrir Abdul Samad, apakah sebenarnya yang hendak dinyatakan oleh SPR di bawah kepimpinan seorang peguam yang didakwa hebat mempertahankan keadilan dan hak asasi individu.

“Adakah Datuk Art Harun (Azhar Azizan Harun) ingin tunjukkan dia sebagai Pengerusi SPR ada kuasa penuh untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil dan kalau ianya bercanggah dengan tarikh persidangan UMNO dan MCA, “too bad.

“SPR utamakan pemilih, bukan calon atau parti politik,” katanya.

Sedangkan, menurut Shahril, pemilih adalah dalam kalangan warga negara yang layak mengundi setelah berdaftar dengan SPR.

Dari segi calon pula, ia juga terbuka kepada warga negara dan dalam sistem demokrasi negara ini, calon-calon turut mewakili parti-parti politik.

“Pilihan raya dalam demokrasi perlu pemilih, calon serta parti politik. Jadi, tak adalah penambahbaik, ketelusan, integriti dan lain-lain lagi Datuk Art sudah bawa ke SPR. Masih silo juga lah. Kata orang Johor, memang eksyen,” ujar veteran UMNO itu. – MalaysiaGazette