KUALA LUMPUR – Wann, penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagi Bosanova bakal mengubat kerinduan peminat terhadapnya dengan menerusi Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) tidak lama lagi.

Setelah tiga kali menolak, namun Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49 membuat keputusan untuk membuat penampilan semula dengan program realiti yang mendapat sambutan ramai itu.

“Mungkin kerana sokongan tidak putus itulah membuatkan saya akhirnya terbuka hati menyertai GV6. Inilah masa yang sesuai untuk saya mengubati rindu peminat, apatah lagi tahun depan usia saya sudah mencecah 50 tahun,” katanya.

Meskipun menerima tawaran sebelum ini, namun Wann mendedahkan tidak yakin dengan diri sendiri kerana tidak aktif lagi di industri seni, puncanya membuat keputusan menolak.

“Saya belum bersedia sepenuhnya. Ada rasa kurang yakin dalam diri saya untuk kembali beraksi selepas hampir 20 tahun tidak menyanyi di pentas berskala besar begini,” tambahnya.

Meskipun begitu, Wann tidak akan takut dengan kritikan juri sebaliknya bersedia menerima teguran yang membina dengan berlapang dada.

“Saya belum bersedia sepenuhnya. Ada rasa kurang yakin dalam diri saya untuk kembali beraksi selepas hampir 20 tahun tidak menyanyi di pentas berskala besar begini,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast