Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di The Saujana Hotel, Shah Alam. Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 2019

SUBANG – PKR masih belum mempertimbangkan permohonan bekas menteri UMNO Datuk Seri Salleh Said Keruak menyertai parti itu.

Kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ianya akan diputuskan oleh Biro Politik parti dalam mesyuarat.

“Permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak masih belum dipertimbangkan oleh Biro Politik. Kita terima permohonan, tapi belum bincang dalam mesyuarat,” katanya dalam sidang media selepas Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan.

Salleh pilih PKR kerana amalkan politik berbilang kaum

Semalam Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan pihaknya menerima permohonan bekas Bendahari UMNO itu yang dibuat menerusi dalam talian.

Desas-desus penyertaan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu ke dalam PKR semakin kuat semalam apabila tular tangkap layar borang permohonan beliau dengan nama penuh lengkap nombor kad pengenalan dan status permohonan ‘lulus’ untuk cabang PKR Kota Belud, Sabah dengan nombor keahlian S0300008562.

Salleh yang pada mulanya menafikan perkara itu mengubah kenyataannya apabila mengesahkan permohonannya kepada PKR.

Salleh berkata, beliau memilih PKR kerana parti itu memperjuangkan pelbagai kaum dan  idemi masa depan Sabah. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

PKR bincang penyertaan Salleh Said Keruak