Gambar hiasan

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah sedikit, susut 0.05 mata kepada 1,567.54 daripada 1,567.59 penutup Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,567.03.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 127 berbanding 87 dengan 180 kaunter tidak berubah, manakala 1,582 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 137.50 juta saham bertukar tangan bernilai RM55.45 juta. – MalaysiaGazette