Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan diminta fokus bagaimana hendak membantu usahawan Bumiputera untuk menembusi ke pasaran antarabangsa berbanding kereta terbang.

“Bawalah terbang hasil usahawan Bumiputera ke peringkat antarabangsa.

“Ia lebih baik daripada cerita kereta terbang yang tak terbang terbang lagi,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah di sini.

Ahli Parlimen Lenggong itu turut rasa letih dengan kenyataan berbeza yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff mengenai kereta terbang.

“Kereta Terbang? Menteri cakap lain PM cakap lain. Letih kerajaan macam ni. Lebih baik tumpu masalah rakyat hadapi,” katanya.

Semasa melancarkan Dasar Pengangkutan Negara, Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak bersedia untuk membangunkan sebarang projek mengenai kereta terbang pada masa ini.

Artikel berkaitan: Kalau semua naik kereta terbang, polis pun kena terbang – PM

KL ke Pulau Pinang sejam dengan kereta terbang – Redzuan

Projek kereta terbang sudah masuk fasa kedua

Kereta terbang jadikan hobi peribadi bukan kereta nasional, kata Rafidah

Sebaliknya, langkah yang difokuskan pada masa ini adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan rangkaian sistem rel yang sememangnya telah sedia ada.

Katanya, kereta terbang mungkin akan wujud satu hari nanti tetapi ia bukanlah pada masa sekarang. – MalaysiaGazette