KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam dagangan sempit hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau sambil menunggu penerbitan data pertumbuhan ekonomi China bagi mendapatkan petunjuk hala tuju pasaran, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.92 mata pada 1,573.58, daripada 1,574.50 penutup Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.78 mata lebih rendah pada 1,572.72.
Bagaimanapun, di pasaran yang lebih meluas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 156 berbanding 128 dengan 207 kaunter tidak berubah, manakala 1,512 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Sejumlah 331.47 juta saham bertukar tangan bernilai RM138.28 juta. – MalaysiaGazette