Ariffin Osman.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah.

Lelaki tersebut, Ariffin Osman, 31, mempunyai alamat terakhir di No. 91B, Lorong Petra 2, KPG Astana Lot, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Among Anak Jengga di talian 084-311 982 atau 016-642 0148.- MalaysiaGazette