Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Belian dalam Maybank dan CIMB membantu meningkatkan indeks utama dalam Bursa Malaysia dan tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini dalam persekitaran sentimen pasaran meningkat.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.74 mata kepada 1,585.74 daripada 1,580 semasa ditutup pada Rabu.

Maybank melonjak 13 sen kepada RM8.60 selepas 3.78 juta saham bertukar tangan manakala CIMB meningkat lapan sen kepada RM5.17 dengan 5.13 juta saham diniagakan.

Kedua-dua saham tersebut menyumbang 3.944 mata kepada indeks komposit.

Terdapat 364 kaunter untung di pasaran lebih luas berbanding 314 kaunter rugi, manakala 375 kaunter tidak berubah, 939 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion saham bernilai RM876.27 juta.

Peniaga berkata ekuiti global kebanyakannya pada aliran meningkat berikutan pelabur gembira dengan penurunan 25 mata asas kadar faedah AS.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.57 peratus kepada 3,226.35, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.31 peratus kepada 22,914.16 dan Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 1.06 peratus kepada 26,949.08.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga dan Public Bank, masing-masing meningkat lapan sen kepada RM13.88 dan RM19.48, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM7.45, manakala IHH tidak berubah pada RM5.74.

Daripada saham aktif, Mudajaya naik 3.5 sen kepada 37.5 sen, MyEG meningkat lapan sen kepada RM1.14 dan Bumi Armada menokok setengah sen kepada 42.5 sen, bagaimanapun, IFCA susut 1.5 sen kepada 49 sen.

Indeks FBM Emas naik 41.95 mata kepada 10,866.97, Indeks FBMT 100 menambah 41.05 mata kepada 11,046.7 dan FBM Ace menokok 64.61 mata kepada 4,950.9.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 23.72 mata kepada 11,821.45 dan FBM 70 menambah 56.19 mata kepada 13,928.4.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 115.66 mata kepada 15,435.8, Indeks Perladangan meningkat 35.79 mata kepada 6,706.73 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.24 mata kepada 153.3.

— BERNAMA