Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. .foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Seramai 190 pegawai polis, enam daripadanya berpangkat tinggi didapati positif ujian dadah dalam ujian saringan awal setakat semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, ujian itu merupakan sebahagian daripada operasi Ops Blue Devil yang telah memasuki 80 hari.

“Walaupun kita terpaksa menangkap orang kita sendiri, ia adalah sebahagian daripada tugas polis dalam memastikan integriti polis,” katanya di sini.

Ini kerana, tegas beliau, polis tidak boleh mempunyai pegawai dan anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Tegasnya, operasi tersebut akan diteruskan sehingga penyalahgunaan dadah dalam kalangan polis dapat dibersihkan.

Mereka yang didapati bersalah, akan dipecat dan dikenakan tindakan termasuk pertuduhan di mahkamah.

Mohd Khalil menambah, pegawai-pegawai polis yang didapati positif dadah methamphetamine, amphetamine, morfin atau opiat, tetrahydrocannibinol (THC) dan ketamin, kini sedang disiasat dan digantung bertugas. – MalaysiaGazette