Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri tidak akan memecat Tan Sri Tommy Thomas hanya kerana keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara itu tidak menepati kehendak pihak tertentu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tugasnya bukan memecat mana-mana pegawai kanan termasuk Tommy hanya kerana desakan.

“Kerja saya bukan pecat orang. Saya hanya akan pecat jika sesuatu yang sangat serius berlaku,” katanya ketika ditanya wartawan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, walaupun ada pihak meminta beliau memecat pegawai kanan tertentu, tetapi tidak akan berbuat demikian atas desakan semata-mata.

Di Parlimen hari ini, pembangkang mendesak Perdana Menteri supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Tommy yang didakwa telah merosakkan integriti Jabatan Peguam Negara berkaitan beberapa kes penting

Beliau juga dikatakan memainkan peranan menggugurkan dua pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran berkaitan kes menyokong kumpulan militant Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast