PONTIAN – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin menolak tuduhan beliau memulakan provokasi terhadap rombongan Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal ketika berkempen di Pasar Lambak Ladang South Malaya Seri Menanti, Pekan Nanas pada 6 November lalu.
Sebaliknya beliau mendakwa, Sahruddin mempunyai niat tertentu apabila membiarkan jenteranya mengganggu ceramah yang sedang disampaikan dengan memasang lagu secara kuat.
Malah, Sahruddin juga sudah melalui beberapa kali melalui kawasan tempat beliau menyampaikan ucapan dan perbuatannya itu sudah boleh dianggap provokasi kepada pihaknya.
“Sebenarnya kalau kata Pemuda BN (Barisana Nasional) yang provokasi tak betullah, sebab kita dah dapat permit di tapak itu, bukan saya yang mulakan tapi MB (Menteri Besar),” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau berkata, banyak pihak salah faham dengan perkara tersebut apabila melihat rakaman yang seolah-olah menunjukkan beliau memulakan provokasi terlebih dahulu.
“Kita dah minta jentera-jentera berikan tepukan kepada MB ketika lalu di hadapan trak yang digunakan untuk ceramah dan kita bersalam, tiada masalah. Calon pun dah lalu masa tu bersama MB.
“Tapi bila dia nampak kita ceramah, enam tujuh kali dia berhenti di hadapan trak kita dan pasang lagu kuat-kuat nak timbulkan provokasi.
“Kemudiannya bila MB nampak orang semakin ramai dia berpatah balik. Bila dia patah balik itu yang menimbulkan kekecohan,” katanya.
Farhan mendakwa, penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) turut mengeluarkan perkataan yang kurang sopan apabila mengatakan BN sebagai penipu, perompak dan kleptokrasi sebagai tujuan untuk memprovokasi.
Katanya, langkah Sahruddin yang berpatah balik dengan melalui kawasan tempatnya sedang berceramah menunjukkan beliau sememangnya mempunyai niat lain.
“Dalam seni politik, MB dan masyarakat pun kena faham, bila kita datang ke medan pilihan raya, jawatan MB jawatan exco tu dah tiada.
“Di pilihan raya dia datang sebagai pemimpin politik. Maka kita bertembung untuk dapatkan pengaruh, tidak ada istilah dia MB ataupun tidak.
“Sebab itu sebenarnya kalau dia rasa dia datang sebagai MB bermaksud dia telah menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.
Dalam insiden di Pasar Lambak Ladang South Malaya Seri Menanti, Pekan Nanas Rabu lalu, Sahruddin yang juga Pengarah PRK PH Johor dilihat meminta mikrofon daripada Farhan dipercayai untuk berucap kepada orang ramai.
Insiden itu dapat dilihat menerusi rakaman yang tular di laman sosial hingga mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan netizen. – MalaysiaGazette
Saya tak rampas, hanya minta mikrofon untuk berucap – MB Johor
Hang nak pi mana.,sudah tentu dià tu MB yg sultan Johor perkenan.
Cukup terang dalam video hang tidak menghormati MENTERI BESAR JOHOR.
Org Johor tak cakap hang lah bodoh.. pi main jauh2 sibuk je..
MB tetap MB ini bukan pru ,hanya prk saja .MB dilantik oleh Sultan lu fikirlah sendiri jangan jadi bodo