KUALA LUMPUR – Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi– Ulu Klang (SUKE) akan melaksanakan penutupan kekal Pusingan-U di KM8.4 Lebuhraya Besraya, arah Seremban bermula Isnin, 18 November 2019 sehingga Jumaat, 28 Ogos 2019 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya SUKE.

Pengguna dari arah pusat bandar yang ingin menuju ke arah selatan, perlu menggunakan pusingan-U di Lakefield, Sungai Besi sebagai alternatif sehingga pembinaan pusingan-U yang baharu di Lebuhraya SUKE selesai dibina.

Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan dan pelan pengurusan trafik yang dicadangkan untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut. – MalaysiaGazette