Singa berusia dua tahun yang dijadikan pengawal sebuah kediaman kini ditempatkan di Zoo Bogije Omu. foto Agensi

ABUJA – Seekor singa yang dilaporkan dijadikan pengawal sebuah kediaman di Lagos, Nigeria telah dipindahkan oleh pihak berkuasa.

Singa berusia dua tahun itu ditemui di sebuah rumah di seberang jalan dua buah sekolah oleh pasukan pasukan petugas pada hari Jumaat lalu.

Haiwan itu telah dipindahkan ke zoo Bogije Omu di Lekki.

Pemilik binatang telah diberitahu untuk melaporkan diri kepada polis pada hari Isnin atau ditahan.

Pasukan dari Santuari Alam Sekitar dan Unit Kesalahan Khas Negeri Lagos menangkap haiwan itu selepas penduduk memfailkan petisyen kepada Kementerian Alam Sekitar.

Sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah terletak bertentangan dengan rumah dan pihak pengurusan sekolah bimbang dengan keselamatan para pelajar mereka.

Singa itu dipercayai diletakkan di rumah tersebut sejak dua bulan lalu. – MalaysiaGazette