Sydney dilanda jerebu teruk. foto Agensi

SYDNEY – Asap melanda beberapa bandar besar Sydney dan Adelaide ekoran kebakaran belukar di Australia.

Di Sydney, penduduk tempatan mendakwa asap yang menyelubungi ruang udara pada hari ini lebih teruk berbanding Selasa lalu.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan amaran bahawa kualiti udara melepasi tahap “berbahaya”.

Keadaan kebakaran diklasifikasi sebagai berbahaya telah melanda enam negeri sejak minggu lalu.

Malah, beberapa negeri telah mengalami tahap berbahaya.

Sejak bulan lepas, enam orang mati dalam kebakaran belukar besar-besaran hingga mengakibatkan kerosakan teruk di New South Wales dan Queensland. – MalaysiaGazette