Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbual mesra bersama Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya (kanan) ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Sebarang tindakan disiplin terhadap 17 Ahli Parlimen parti itu yang mengadakan pertemuan sulit dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya boleh diambil oleh Jawatankuasa Displin parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana apa-apa siasatan dikawal selia oleh lembaga itu.

“Ia terserah kepada Lembaga Displin kalau mereka kata tidak mahu siasat, tidak. Jika mereka siasat kata tidak ada kes, jadi tidak ada kes. Kita serahkan sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Ismail yang juga Ketua Pembangkang ditanya media sama ada MT akan mengambil tindakan terhadap 17 Ahli Parlimen UMNO yang menghadiri pertemuan sulit dengan Azmin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata, laporan Lembaga Displin itu akan tetap diserahkan kepada MT UMNO.

“Pengerusi Lembaga Disiplin kata ada laporan kepada dia dan serah kepada Lembaga Displin. Ia bebas dan MT tidak boleh campur tangan dalam cara bagaimana jawatankuasa itu nak handle kes-kes ini.

“Apabila sudah dapat keputusan, kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan mereka akan tengok sama ada luluskan atau tidak ke MT dan MT lah yang akan buat keputusan terakhir,” katanya lagi.

Ditanya samada UMNO ada menentukan tempoh masa terhadap Lembaga Displin parti itu untuk membuat siasatan, Ismail berkata, parti itu tidak memberikan sebarang tempoh kepada jawatankuasa berkenaan.

Selasa lalu, Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjanji akan mengambil tindakan segera berdasarkan prosedur sedia ada.

Malam Isnin lalu, sejumlah 17 Ahli Parlimen BN dan 5 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berkumpul di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Dalam pada itu, Ismail menegaskan beliau tidak ingin menyenaraikan siapa menteri yang patut digugurkan dalam rombakan Kabinet sebelum November tahun depan.

Ujarnya, ia adalah kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukannya dan beliau tidak akan campur tangan dalam urusan itu.

“Jangan kita campur kuasa PM, itu kuasa beliau, kita tidak boleh ada cadangan menteri itu ditukar, menteri ini diambil.

“Daripada dulu pun, kita sewaktu jadi kerajaan banyak kali diumumkan rombak Kabinet, kita kata itu kuasa PM,” katanya lagi.

Ismail mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam yang berkata beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Setuju jgn juei maruah pengundi. Ambik tindakan buang dari ameno pun tak ape. BN tap perlu katak dan mereka yg pura pura.

  2. Setuju rakyat tak mau wakil rakyat katak dan bersikap pura pura. Ambil tindakan disiplin. 4meno pun tak perlu semburit.

Comments are closed.